MotoGP Kembali Ke Brazil Selepas 18 Tahun

Selepas Indonesia diumumkan akan kembali selaku penganjur MotoGP bagi musim 2021, Brazil turut akan kembali dengan status sama bagi musim 2022.

Minggu lalu, aksi MotoGP akan kembali ke Indonesia selepas 24 tahun menyepi dan kini Brazil turut kembali menganjurkan acara itu selepas 18 tahun.

Meskipun Brazil lebih terkenal dengan penganjuran Formula 1, negara terbesar Amerika Selatan itu juga melahirkan dua juara dunia menerusi Alex Barros dan Adu Celso-Santos.

Kembalinya MotoGP di negara Amerika Selatan bukan satu kejutan tatkala ketika ini hanya Argentina muncul selaku penganjur.

Brazil bakal menganjurkan MotoGP di litar baharu yang dibina di Deodoro, Rio de Janeiro menggantikan Jacarepagua yang telah dirobohkan pada 2012 – Crash.net

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]