Royal Enfield Photon: Nampak Klasik Tapi Elektrik

Advertisements

Memasuki tahun 2020, para pengeluar motosikal dah sibuk menceburi penghasilan jentera elektrik tetapi tiada sesiapa pun yang menjangkakan Royal Enfield akan turut serta dalam arena tersebut.

Hakikatnya, Royal Enfield tidak langsung merancang untuk menghasilkan motosikal elektrik sebaliknya jentera yang diberi nama Royal Enfied Photon ini dihasilkan oleh Electric Classic Cars di England.

Apa yang berlaku adalah Electric Classic Cars mengambil jentera RE Bullet 500 kemudian membuang keseluruhan bahagian enjin lalu digantikan dengan bateri Lithium-ion 2.5 kWh LG Chem yang menyalurkan kuasa ke motor elektrik 13 kW.

Menurut laporan India’s Autos Blog, Photon mampu merekodkan kelajuan maksima 112 km/j dan mampu pergi sejauh 128 hingga 160 km jika ditunggang pada kelajuan sekitar 80 hingga 90 km/j.

Berdasarkan angka tersebut, Royal Enfield Photon ini menyamai kuasa yang ditawarkan Bullet 350.

Bagi yang berminat, Royal Enfield Photon ini ditawarkan pada harga USD20,000 (RM87,390).

Jika Royal Enfield berniat untuk terjun ke penghasilan motosikal elektrik namun mengekalkan DNA klasik sedia ada pastinya akan mewujudkan daya tarikan tersendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.