Petronas SRT Akan Cuba Kekalkan Quartararo Semusim Lagi

Advertisements

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) mahu pelumba tonggak, Fabio Quartararo kekal bersama pasukan itu semusim lagi seandainya MotoGP musim 2020 dibatalkan.

Ini kerana kontrak Quaratararo bersama Petronas SRT akan berakhir hujung tahun 2020 dan akan sertai pasukan factory Yamaha, musim depan.

Perkara ini disahkan sendiri pengurus pasukan Petronas SRT Dato Razlan Razali.

“Sekiranya perlumbaan (MotoGP) dibatalkan, saya pasti kontrak pelumba juga dianggap terbatal.

“Tetapi kalau perkara itu tidak berlaku, kami akan berjuang untuk memastikan Quartararo kekal semusim lagi,” jelas Razlan.

Quartararo mempamerkan aksi mantap dalam musim sulung di MotoGP tahun lalu apabila menamatkan berjaya merekodkan tujuh podium dan di samping dua kali petak pertama.

Senario itu meletakkan Petronas SRT dikedudukan terbaik musim ini bagi mencabar kejuaraan apatah lagi Quartararo mendapat jentera ‘factory spec’ musim ini.

“Kami yakin dia mampu mencabar kejuaraan musim ini. Kami telah melabur banyak terhadap Quartararo dan kami yang meneroka bakatnya.

“Jadi sekiranya MotoGP tidak berlangsung musim ini kami mahu kontraknya dilanjutkan sehingga musim depan,” tambah Razlan.

Isu pembatalan musim 2020 bangkit susulan beberapa venue awal MotoGP telah pun dibatalkan dan ditunda ke tarikh baharu.

Aksi pembukaan, GP Qatar telah pun dibatalkan sebelum GP Thailand, Amerika Syarikat, Argentina, Sepanyol dan terkini Perancis telah ditunda ke tarikh baharu.

Sementara itu, GP Itali yang dijadualkan pada 31 Mei turut dijangka ditunda atau dibatalkan susulan situasi runcing negara itu dalam memerangi Covid-19.

Seandainya musim ini tidak dapat dilangsungkan tatkala Kejuaraan Dunia memerlukan minimum 13 perlumbaan mengikut FIM, maka pembatalan MotoGP musim 2020 mungkin akan berlaku.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.