PROTON Kongsi 4 Langkah Penjagaan Kereta Semasa PKP

Advertisements

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) bermula 18 Mac lalu dan melanjutkan sehingga 14 April 2020, sebilangan besar kenderaan dalam negara tidak bergerak.

Memahami kerisauan pemilik kereta masing-masing, PROTON mencadangkan EMPAT langkah penjagaan kereta sepanjang PKP.

1. Pembersihan Kenderaan

Selaras dengan usaha kerajaan membendung penularan wabak Covid-19, jalankan pembersihan ruang dalam kereta terutamanya bahagian yang sering disentuh.

Selepas selesai menggunakan kenderaan atau setiap kali pulang daripada membeli barang keperluan, gunakan tisu antiseptik untuk mengelap ruang dalam kereta terutamanya stering, pemegang pintu, butang dan paparan sesentuh.

2. Cas bateri

Setiap kenderaan harus dihidupkan setiap tujuh hari bagi memastikan segalanya berfungsi dengan baik dan antara komponen yang penting adalah bateri.

Jika enjin tidak dihidupkan, altnenator tidak dapat mengecas lantas menjejaskan ketahanan bateri.

Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, hidupkan kenderaan selama 10 minit bagi membenarkan alternator mengecas tetapi perlu diingatkan untuk TIDAK memasang radio atau penyaman udara.

Selepas selesai jangan lupa mengunci kenderaan!

3. Angin tayar

Pantau keadaan angin tayar setiap dua minggu dan cara terbaik adalah menggunakan tolok tekanan tayar (tyre pressure gauge) atau bagi pemilik PROTON X70 boleh semak menerusi paparan Tyre Pressure Monitoring System.

Kalau kurang angin, singgah sekejap ke stesen minyak berdekat – pastikan dalam radius 10km dengan tempat tinggal mengikut arahan kerajaan.

4. Wipers!

Kalau meletakkan kenderaan di tempat terbuka jangan lupa untuk mengangkat wiper jika tidak suhu panas akan menyebabkan getah di wiper mengeras sekaligus menjadikan wiper kurang efisien.

Ikut empat langkah ini kalau ‘korang’ nak kereta kesayangan berfungsi seperti biasa selepas PKP berakhir.

Sementara itu, kalau berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk dan servis ditawarkan PROTON jangan lupa layari www.proton.com/en/fin-a-car/overview.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.