MotoGP: Aprilia Bingung Iannone Digantung 18 Bulan

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Aprilia Racing, Massimo Rivola mengakui rasa terkilan dan bingung dengan penggantungan 18 bulan yang dikenakan terhadap Andrea Iannone.

FIM memutuskan untuk menggantung Iannone setelah dia gagal ujian doping – positif bahan terlarang jenis steroid – dalam ujian rawak yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia.

Menurut kenyataan FIM semalam, Iannone digantung bermula 17 Disember 2019 sehingga 16 Jun 2021 sekaligus menyaksikan dia akan terlepas musim 2020 dan beberapa aksi awal 2021.

Bagaimanapun, Rivola berpendapat pelumba itu sewajarnya dibebaskan daripada penggantungan tatkala hakim telah pun menerima bahawa pengambilan steroid itut tidak disengajakan menerusi makananan yang telah tercemar.

“Hakim telah pun menerima bahawa Iannone tidak sengaja jadi keputusan menggantung pelumba itu tidak masuk akal,” jelasnya.

Sementara itu, Rivola beri jaminan akan terus menyokong Iannone sehingga rayuan dibuat meskipun kontrak pelumba itu akan berakhir hujung tahun ini.

Iannone boleh membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]