Langgar PKP, Empat Lelaki Kantoi Berkonvoi Dipenjara Tujuh Hari

Gambar Hiasan

Gara-gara tindakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkonvoi dari Cheras ke Negeri Sembilan, empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Majistret Jelebu yang turut mengenakan denda RM1,000 terhadap keempat-empat individu terbabit.

Ng Kim Seang, Woo Soon You, Low Yen Lai dan Teoh Chun Ann yang berusia di antara 26 hingga 34 tahun itu dicekup ketika tiba di Jalan Besar Titi selepas pihak polis menerima info dari orang awam.

Mereka didapati bersalah mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 (PPPB) yang boleh dihukum mengikut Peraturan 7 PPPB dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Keempat-empat lelaki terbabit turut berdepan penjara tiga bulan seandainya gagal menjelaskan denda tersebut.- Harian Metro

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply