Syok Wheelie Dengan Yamaha NVX, Lelaki Ingkar PKP Ditahan

Advertisements

Seorang penunggang motosikal ditahan pihak berkuasa susulan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Gurun, Kedah, semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu pada awalnya disaman kerana menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi sementara rakannya turut menerima tindakan sama ekoran motosikalnya tidak memiliki nombor plat.

Bagaimanapun, sebaik polis mengarahkan lelaki itu bersama rakannya beredar, dia bertindak melakukan wheelie dengan jentera Yamaha NVX miliknya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim, anggotanya telah mengekori pelaku terbabit sehingga di hadapan rumah sebelum bertindak menahan lelaki itu.

Difahamkan, dia juga tidak mengenakan pemakaian topi keledar semasa kejadian. – Harian Metro

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI