NAZA Sumbang RM1.25 Juta Ke Dana Covid-19

Dalam usaha membantu kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19, Kumpulan NAZA telah menyumbang RM1.25 juta kepada dana Covid-19 negara.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif NAZA Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin, menyerahkan cek tersebut kepada Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, tengah hari tadi.

Usaha tersebut merupakan inisiatif NAZA dalam menghulurkan bantuan terhadap usaha kerajaan dan barisan hadapan dalam membendung Covid-19.

“Kami berharap sumbangan ini akan membantu mereka yang terkesan dengan pandemik ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan termasuk penguatkuasa yang berpenat lelah dan komited dalam menguruskan situasi semasa di samping menjaga keselamatan rakyat,” jelas SM Nasaruddin.

Pada masa sama, Kumpulan NAZA turut akan bergerak secara aktif dalam mencari cara untuk memberi bantuan terhadap Kementerian Kesihatan bagi menangani krisis semasa.

Setakat ini, 2,626 kes positif Covid-19 telah pun disahkan dengan 37 kematian direkodkan menurut Outbreak.my.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply