Kedai Vintaj Popular Dipecah Masuk, Helmet Bell RM10,000 Antara Yang Lesap

Advertisements

Sebuah kedai vintaj popular di Kampung Baru, Garasi Republik KL, menjadi mangsa pertama kes rompakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Premis yang popular di kalangan peminat tegar barangan vintaj termasuk aksesori motosikal klasik itu hilang enam helmet bernilai RM30,000, 200 cermin mata bernilai RM30,00 dan 500 utas jam tangan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Menurut laporan Berita Harian, pemiliknya Shahrizal Mat Zin turut memaklumkan sebuah helmet Bell bernilai RM10,000 turut dilarikan.

Insiden tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Difahamkan, kali terakhir pemilik berada di premis adalah pada 21 Mac lalu dan telah mengunci kedai menggunakan mangga dan rantai sekitar jam 9 malam.

Bagaimanapun, pemilik mendapati kedainya dipecah masuk ketika singgah untuk membuat tinjauan, Sabtu lalu.

Kerajaan telah menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

(SUMBER: Berita Harian)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI