Honda Hasilkan Semula Alat Ganti VFR750R (RC30)

Advertisements

Berita gembira bagi pemilik yang masih lagi memiliki sebuah Honda VFR750R (RC30) tatkala pengeluar motosikal itu akan menghasilkan semula alat ganti menerusi program baharu.

Ini merupakan usaha Honda dalam kembali menghidupkan jentera ikonik itu yang masih lagi mempunyai peminat tersendiri.

Honda RC30 sememangnya cukup ikonik apatah lagi dihasilkan khas untuk bertanding di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 1987.

Jentera ini masih lagi mengekalkan tarikan sama bagi tahun 2020 dengan rekaan dan enjin V4 yang menghasilkan 76hp.

Bagaimanapun, memahami kegelisahan pemilik yang semakin sukar mendapatkan alat ganti sehingga jentera terpaksa terperuk lama, Honda akan menghasilkan semula alat ganti RC30 ini.

Program VFR750R (RC30) Refresh Plan itu – yang diumumkan menerusi laman sesawang Honda Jepun – akan dilancarkan pada Jun.

Menariknya, program tersebut mengumpulkan pemilik RC30 dalam usaha mengenal pasti alat ganti yang harus dihasilkan semula.

Meskipun ketika ini program tersebut diperkenalkan hanya untuk pasaran Jepun namun diharapkan alat ganti tersebut akan mudah diakses pemilik RC30 seluruh dunia terutamanya di Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI