Ducati Streetfighter V4 – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Advertisements
photo: Simon Palfrader©/Red

Ducati Streetfighter V4 boleh dilabel sebagai jentera paling kontroversi pernah dihasilkan kilang Borgo Panigale.

Penampilan sulung Streetfighter V4 terpalit dengan kematian penunggang uji, Carlin Dunne di Pikes Peak sebelum pandemik Covid-19 membatalkan peluang untuk media permotoran dunia merasai sendiri jentera terbabit di samping menyekat hasrat Ducati dalam memperkenalkan Streetfighter secara rasminya.

photo: Simon Palfrader©/Red

Namun, pandemik Covid-19 tidak menyekat Ducati sepenuhnya yang menyiarkan pelancaran jentera terbabit secara mendalam menerusi siaran atas talian, lewat pagi tadi.

Bagaimanapun, kami sempat melihat jentera super naked ini dengan lebih dekat apabila dijemput ke Rimini, Itali, tahun lalu ketika di Ducati World Premier 2020.

Jika anda terkesima dengan reka bentuk jahat Streetfighter V4 ini, itulah tanggapan pertama kami ketika melihatnya buat julung kali.

photo: Simon Palfrader©/Red

Bayangkan sebuah Ducati Panigale V4 yang telah ‘dibogelkan’ – demikian kenyataan yang paling mudah untuk mengambarkan Ducati Streetfigter V4 2020.

Mengapa dibogelkan? Kerana disebalik rupa luaran Streetfighter V4 yang menampilkan ciri sebuah motosikal jenis naked, jentera ini menghasilkan 208 hp – kurang 6 hp daripada Panigale V4 – pada 12,750rpm dan 123Nm pada 11,500rpm.

“208 hp bagi sebuah jentera naked”

photo: Simon Palfrader©/Red

Hadamkan kenyataan itu, kerana itulah yang ditawarkan Streetfighter V4 bagi semua peminat jentera dua roda di seluruh dunia.

photo: Simon Palfrader©/Red

Meskipun Ducati telah ‘merendahkan’ kuasa yang dihasilkan enjin 1100cc Desmosedici Stradale, tidak dapat dinafikan angka itu masih terlalu tinggi.

photo: Simon Palfrader©/Red

Menyedari perkara ini, Streetfighter V4 didatangkan dengan ‘biplane wings’ dan pakej elektronik menyeluruh bagi memastikan jentera ini kekal berpijak di bumi nyata dan bukannya melayang ke awangan.

Rekaan bahagian depan pula diinspirasikan daripada watak Joker – antagonis ikonik di bandar Gotham. Jadi tidak hairanlah, rupa keseluruhan Streetfighter V4 tampak jahat.

Rekaan Ducati juga ditonjolkan pada lampu depan DRL yang terdapat pada Panigale V4 dan Supersport.

photo: Simon Palfrader©/Red

Menariknya bagi model ini, bahagian enjin tampak lebih ketara dengan penggunaan kerangka yang minimalis.

photo: Simon Palfrader©/Red

Bagi mengekalkan DNA Streetfighter, bahagian ‘handlebar’ clip-on telah digantikan dengan ‘handle’yang lebih tinggi dan lebar termasuk foot peg yang lebih agresif sehingga Ducati sendiri secara jujurnya memaklumkan kedudukan Streetfighter V4 tidak selesa yang diharapkan.

photo: Simon Palfrader©/Red

Jika 208 hp tidak cukup, Ducati menawarkan ekzos Ducati Performance oleh Akrapovic yang akan meningkatkan kuasa kepada 220 hp di samping mengurangkan 6 kg berat.

Bagi yang bimbang akan kehilangan kawalan jentera buas ini, Streetfighter V4 didatangkan dengan beberapa pakej elektronik:

  • ABS Cornering EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Power Launch (DPL)
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO

Seperti barisan Ducati lain, Streetfighter V4 juga didatangkan dengan tiga mod tunggangan – Street, Sport dan Race – namun kami berasakan setiap mod ini sebenarnya merujuk kepada Gila, Gila-Gila dan Gila B***.

photo: Simon Palfrader©/Red

Bagi yang inginkan keterujaan yang lebih tinggi, Ducati turut menawarkan Streetfighter V4 S yang menawarkan beberapa ciri premium antaranya:

photo: Simon Palfrader©/Red
  • Ducati Electronic Suspension (DES) EVO
  • Fork Öhlins NIX-30 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Penyerap hentakan Öhlins TTX 36 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Öhlins steering damper dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Forged aluminium Marchesini wheels
photo: Simon Palfrader©/Red

Tak sabar rasanya untuk menyaksikan Streetfighter V4 ini mendarat di Malaysia!

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.