Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Keputusan itu dibuat tatkala jumlah pesakit yang positif Covid-19 telah meningkat sekali ganda ke 1,796 berbanding 673 kes seminggu lalu.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, lebih 95 peratus rakyat Malaysia telah pun mematuhi PKP namun baki 5 peratus lagi masih lagi degil.

PKP berkuatkuasa pada 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini namun tindakan melanjutkan PKP dikuatkuaskan selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan Negara.

Dalam memastikan orang ramai mematuhi PKP, pelbagai sekatan jalan diadakan seluruh ibu kota dan kawasan tumpuan ramai bagi menyekat orang awam yang gagal mematuhi PKP.

Diharapkan orang ramai kekal tenang dan tidak melaksanakan pembelian panik di samping mematuhi arahan pihak berkuasa dan kerajaan sekaligus membantu dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply