Marquez, Rossi Dan Quartararo Berentap Di Platform E-Sports

Meskipun aksi MotoGP musim 2020 tergendala susulan penularan wabak Covid-19, Marc Marquez dan Valentino Rossi akan meneruskan persaingan mereka di platform berbeza.

Penyandang juara dan sembilan kali juara dunia MotoGP itu antara nama besar yang akan terlibat dalam aksi MotoGP Esports, hujung minggu ini.

Aksi pembukaan MotoGP di Qatar dibatalkan sebelum penganjur di Thailand, Amerika Syarikat dan Argentina turut mengorak langkah sama.

Dijangka, perlumbaan pada Mei di Litar Jerez, Le Mans dan Mugello turut akan dianjakan ke tarikh baharu.

Bagi mengisi ketiadaan aksi perlumbaan dua roda, Dorna Sports mengadakan perlumbaan e-sports menerusi permainan MotoGP 19.

Selain Marquez dan Rossi, perlumbaan enam lap yang akan berlangsung di litar Mugello itu akan turut disertai Maverick Vinales, Fabio Quartararo dan Alex Rins.

Aksi tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi motogp.com.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]