Honda Bakal Melancarkan CT125 Hunter Cub Bulan Ini

Membuat penampilan sulung ketika Tokyo Motor Show 2019, Honda CT125 Hunter Cub akan diperkenalkan secara rasmi tahun ini.

Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19, Honda bakal memperkenalkan jentera baharu ini di samping CBR250RR dan Super Cub 110 Special Edition secara atas talian.

Pelancaran itu akan berlangsung 27 Mac ini pada jam 12.00 tengah hari (waktu Jepun).

Versi Hunter Cub ini mengguna pakai kerangka sama seperti yang terdapat pada CT125 Super Cub namun dengan rekaan keseluruhan lebih terdedah bagi menampakkan rupa lebih agresif.

Pada masa sama, Hunter Cub ini turut didatangkan dengan rim spoke, crash bar dan rak tempat letak barang di belakang.

Hunter Cub juga didatangkan dengan tangki 5 liter berbanding 4 liter yang terdapat pada Super Cub.

Ciri paling menonjol adalah rekaan saluran ekzos yang sama terdapat pada Honda Monkey.

Bernadikan enjin 124.9cc satu silinder, Honda CT125 Hunter Cub ini menawarkan 8.7hp dan 11Nm yang disalurkan menerusi transmisi empat kelajuan semi-automatik.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]