Diskaun 40 Peratus Bagi SHARK Spartan Carbon Di Modenas Powerstore!

Helmet popular bagi kalangan peminat touring, SHARK kini menawarkan diskaun 40 peratus bagi Spartan Carbon.

Selain daripada penggunaan bahan gentian karbon – elemen mustahak nak nampak jahat – , SHARK Spartan Carbon ini turut menawarkan rekaan tampak garang dan sporty.

Antara ciri penting ditawarkan:

  • penggunaan bahan gentian karbon dan gentian kaca multiaxial
  • Multi-density EPS (melindungi kepala daripada tekanan G)
  • visor anti calar
  • Pinlock Max Vision tersedia
  • sistem Autoseal (kedap bunyi)
  • sun visor
  • waranti 5 tahun

Menariknya, SHARK Spartan Carbon turut didatangkan dengan penggunaan fabrik anti-bakteria AEGIS Microtech sekaligus menjaminkan kebersihan si pemakai.

Pada masa sama, seperti helmet SHARK lain, Spartan Carbon juga mesra pemakai kaca mata dengan ciri EasyFit.

Sementara itu, rekaan keseluruhan SHARK Spartan Carbon menjaminkan aerodinamik terbaik.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan SHARK Spartan Carbon yang kini ditawarkan serendah RM1,060 (selepas diskaun 40 peratus ) sila kunjungi Modenas Powerstore di Kota Damansara!

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply