Zontes Bakal Hasilkan Jentera 800cc 3-Silinder, Pencabar Yamaha MT-09?

Zontes merupakan nama baharu di Malaysia dengan empat model telah pun bertapak disini menerusi ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X dan ZT310-X GP.

Bernadikan enjin 310cc, setiap model Zontes didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya sistem ABS dwi-saluran Bosch M9.1 dan penghadang angin boleh laras.

Pada masa sama, Zontes turut mendapat pujian kerana menghasilkan jentera yang berkualiti dan tahan lasak di samping menawarkan harga mampu milik.

Bagaimanapun, timbul laporan bahawa pengeluar motosikal berpangkalan di China itu bakal terlibat dalam menghasilkan jentera yang lebih besar.

JJ Design turut kongsi imej render yang memaparkan jentera 800cc dengan 3-silinder itu.

Menyerlahkan rekaan moden daripada Zontes, dijangkakan model tersebut hanya akan membuat penampilan dalam tempoh dua tahun akan datang.

(SUMBER: MoreBikes)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]