Honda Rebel 1100 Dalam Pembikinan?

Sumber: YoungMachine

Ketika Honda Rebel 500 dilancarkan di Malaysia tiga tahun lalu, jentera itu mencuri perhatian tatkala menawarkan motosikal segmen pertengahan berkonsepkan bobber.

Meskipun tidak sepopular jentera 500cc lain terutamanya CB500X namun menariknya, Rebel 500 masih menawarkan ciri praktikal.

Selepas tiga tahun, tiada model dikemaskini yang ditawarkan Honda bagi Rebel 500 kecuali memperkenalkan warna baharu pada hujung 2018.

Sehingga kini Rebel 500 hanya melakar nama selaku jentera segmen pertengahan namun segalanya mungkin berubah.

Menurut laporan YoungMachine, Honda bakal melancarkan sebuah motosikal cruiser berasaskan enjin 1100cc Africa Twin.

Jika YoungMachine mendedahkan Honda menghasilkan Africa Twin CRF1100L enam bulan sebelum pelancaran ini bermakna info yang disampaikan kali ini boleh dianggap sahih.

Malah, paten jentera terbabit turut dikongsikan dan jelas kelihatan enjin parallel-twin sepertimana yang terdapat pada Africa Twin.

Sudah pasti, perbezaan paling ketara adalah rangka jentera yang dipaparkan, meskipun tidaklah menyerupai Rebel 500 namun hampir pasti terarah kepada sebuah model cruiser.

(SUMBER: YoungMachine)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]