MotoGP: Alat Holeshot 2.0 Diharamkan Bagi Moto2 Dan Moto3

 

Bagi yang masih belum keluar dari gua gara-gara bimbang dijangkiti Covid-19, alat yang diberi nama ‘holeshot 2.0’ ini diperkenalkan tahun lalu oleh Ducati menerusi jentera GP19 Jack Miller.

Berfungsi dengan merendahkan bahagian belakang agar dapat meningkatkan cengkaman di samping mengurangkan situasi tayar depan terangkat, penggunaan ‘holeshot 2.0’ kini turut diuji Yamaha dan bakal diguna pakai Aprilia.

Saksikan video di bawah bagaimana ‘holeshot 2.0’ berfungsi:

Selain daripada meningkatkan cengkaman, ‘holeshot 2.0’ juga berkemampuan meningkatkan kelajuan, faktor penting di Moto2 dan Moto3.

Bagaimanapun, pengarah teknikal MotoGP, Danny Aldrige memiliki pendapat sebaliknya mengenai teknologi baharu ini.

“Kami tidak akan membenarkan sistem ini diguna pakai di Moto2 dan Moto3,” jelasnya menurut GPOne.

Ketika ini tiada peraturan daripada FIM yang melarang penggunaan alat ‘holeshot 2.0’ bagi dua kelas ini namun dijangkakan pindaan akan berlaku dalam masa terdekat.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]