Triumph Rocket 3: Enjin 2.5Liter, 0-100km/j Dalam Masa 2.7 Saat!

Kalau bercakap tentang Triumph Rocket 3, fokus utama sudah pastinya mengenai enjin 2.5L tiga silinder yang duduk dicelah kaki kiri dan kanan penunggang.

Atas kertas, motosikal tersebut mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat tetapi keputusan mengejutkan berlaku ketika acara korporat Triumph baru-baru ini.

Triumph Rocket tersebut merekodkan 0-100km/j dalam masa 2.73 saat! Tak percaya? Kami ada bukti menerusi video dibawah:

Bagi sebuah jentera yang mempunyai berat sekitar 362 kilogram, catatan itu sangat mengagumkan meskipun enjin besar tersebut menghasilkan 165hp dan 220Nm – bersamaan dengan tork yang ditawarkan Honda Civic 1.5 TC-P.

Secara asasnya, Rocket 3 merupakan motosikal jenis sport cruiser tetapi dengan kelajuan yang mampu dicapai terbuktinya jentera ini bukanlah cruiser biasa.

Triumph Rocket 3 akan mendarat di Malaysia hujung minggu ini, nantikan laporan kami di MotoMalaya.net!

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.