Honda Akan Hasilkan Semula Alat Ganti S2000

Advertisements

Menyedari model Honda S2000 masih lagi menjadi kegilaan, Honda membuat keputusan untuk menghasilkan semula alat ganti jentera popular itu.

Honda baru-baru ini memperkenalkan sebuah laman web berbentuk katalog alat ganti bagi S2000 yang dijangka akan tiba seawal bulan Jun ini.

Bagaimanapun, Honda meminta para pelanggan untuk memaklumkan bahagian alat ganti mana yang harus dihasilkan semula.

Ini bagi membolehkan Honda mengenal pasti alat ganti yang tidak boleh diperolehi daripada pasaran luar.

Orang ramai hanya perlu memuatnaik perkongsian di Facebook atau Twitter dengan #S2000PartsCatalog dan menyatakan bahagian alat ganti yang harus dihasilkan semula.

Peluang ini terbuka hingga 30 April ini dan Honda dijangka mengemaskini katalog S2000 pada Mei sebelum proses pengeluaran bermula pada Jun.

Sebelum ini beberapa langkah sama turut diambil pengeluar lain antaranya, Toyota yang sedang menghasilkan semula alat ganti bagi A70 dan A80 Supra sementara Nissan turut mengumumkan akan mengeluarkan semula alat ganti bagi Skyline R32, R33 dan R34.

(SUMBER: Carscoops)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI