Kem Repsol Honda Gusar Dengan Prestasi RCV 2020

Ketika ujian pra-musim MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini, Repsol Honda gagal menempatkan diri dikalangan tiga terbaik bagi ketiga-tiga hari.

Tatkala ramai pihak mendakwa Marc Marquez masih bergelut dengan kecederaan namun selepas sesi ujian di Litar Losail, Qatar, kem Repsol Honda mula gemuruh.

Marquez sendiri mengakui dia tidak gusar dengan keadaan semasa bahunya sebaliknya bimbang jentera RCV 2020 tidak mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan.

Memasuki malam terakhir di Losail, jurutera pasukan factory HRC bertindak meminjam RCV 2019 milik LCR Honda, Takaaki Nakagami lalu menyerahkan kepada Marquez dalam percubaan untuk mengesan apa yang tidak kena dengan jentera 2020.

Malah, pada hari terakhir ujian, Nakagami muncul pelumba Honda terpantas sekaligus meyakinkan Marquez untuk mencuba kembali jentera 2019.

Menurut laporan GPOne, komponen aerodinamik bahagian depan milik Crutchlow turut dibuka ketika sesi ujian semalam kelmarin, lantas memberi bayangan kem Honda sedang gusar tentang jentera mereka.

(SUMBER: GPOne)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]