425 Unit Toyota Corolla Altis Bakal Jadi Kereta Peronda Baharu PDRM!

Portfolio kereta kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperkembang dalam bentuk Toyota Corolla Altis yang akan bertindak selaku kereta peronda.

Go Auto Sales Sdn Bhd telah mempamerkan unit prototaip kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.

Go Auto bakal membekalkan lebih 425 unit kereta peronda kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira serta Waja secara berperingkat.

Setiap unit diserahkan akan didatangkan dengan lima tahun servis percuma di samping dilengkapi pelbagai ciri penting antaranya, Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System), Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), dan alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.

Pendedahan kenderaan prototaip ini bertujuan untuk mempercepatkan usaha dalam menyerahkan kesemua unit tersebut kepada PDRM.

Difahamkan, 100 unit pertama akan diserahkan menjelang APEC 2020.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin mendedahkan pihaknya akan membuat penyerahan kurang dua bulan dari sekarang.

“Ini merupakan tender kedua diperoleh Go Auto, sebelum ini kami sudah berjaya menghantar
200 unit kenderaan pacuan empat roda (4×4), pada tahun lalu dan penghantaran dilakukan lebih
awal dari jadual.

“Ketika ini pihak Go Auto sedang menunggu keputusan terakhir dari Kementerian Kewangan
bagi pembekalan tersebut,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply