Rossi-Lorenzo Di Petronas SRT Pilihan Menarik – Razlan Razali

Sumber: MotoGP

Pengurus pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Dato Razlan Razali, akui mengandingkan Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo merupakan satu pilihan yang sangat menarik.

Pada masa sama, dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa gandingan kedua-dua pelumba veteran itu mungkin agak rumit.

Petronas Yamaha SRT bakal kehilangan khidmat Fabio Quartararo tatkala dia telapun dilamar pasukan Factory Yamaha bagi musim 2021 sementara Franco Morbidelli memasuki tahun terakhir kontraknya musim ini.

Ini bermakna, Petronas mempunyai dua kekosongan seandainya tidak menyambung khidmat Morbidelli dan kebarangkalian menggabungkan Rossi dan Lorenzo dilihat sebagai salah satu pilihan yang ada bagi tahun 2021.

Rossi sendiri mengakui berminat untuk berhijrah ke Petronas sekiranya masih mahu meneruskan kariernya di usia 42 tahun.

“Petronas merupakan pilihan terbaik. Mereka memiliki pasukan muda yang berpotensi, kewangan yang kukuh dan mereka sangat serius,” ujar Rossi ketika ujian pra-musim di Sepang.

Sementara itu, terdapat spekulasi bahawa Lorenzo – yang telah kembali ke Yamaha selaku pelumba uji – akan membuat pusingan U daripada persaraan sekiranya berjaya menemui jentera yang laju.

Meskipun, ketika ini gandingan Rossi-Lorenzo sekadar satu kemungkinan tetapi Razlan mengakui akan mengambil kira kedua-dua pelumba itu bila sampai waktunya nanti.

“Rumit tetapi menarik. Musim 2020 masih belum membuka tirai jadi kami akan mempertimbangkan perkara ini bila sampai waktunya nanti,” jelas Razlan.

(SUMBER: Crash.net)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]