158 Pemandu Mabuk Ditahan Pada Januari – PDRM

Gambar hiasan

Demikian pendedahan dibuat Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya.

Menurut laporan Bernama, daripada 158 yang ditahan, 118 daripadanya telah pun didakwa di mahkamah sementara 40 individu lagi masih lagi dalam siasatan.

Dalam pada itu, ACP Zulkefly turut menggesa agar pusat hiburan untuk menggunakan alat Screening Device II (SDII) yang dapat mengesan tahap alkohol pelanggan.

Menurutnya, pemilik premis hiburan terbabit boleh mengambil inisiatif untuk tidak membenarkan pelanggan memandu sekiranya berada dalam keadaan mabuk.

Dalam perkembangan sama, ACP Zulkefly mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik cadangan meminda Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 untuk mengetatkan lagi hukuman terhadap pemandu mabuk.

Ketika ini, individu yang didapati melakukan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian akan berdepan hukuman penjara tidak kurang dari 3 tahun dan tidak lebih dari 10 tahun di samping denda di antara RM8,000 hingga RM20,000.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan pihak kementerian bersetuju untuk meminda akta sedia ada melibatkan memandu dalam keadaan mabuk dengan pindaan itu akan dibawa ke Parlimen seawal bulan Julai.

(SUMBER: Bernama)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply