Honda EX5 Kembali Dengan Grafik Ikonik – Dari RM4,783

Model paling ikonik di Malaysia, Honda EX5 kini kembali dengan rekaan grafik yang telah dikemaskini dengan DNA neo-klasik daripada model terdahulu.

Dijana dengan enjin 110cc silinder tunggal dengan penyejukkan udara, kuasa 6.37 Kw dan 8.62 Nm yang dihasilkan menawarkan tunggangan yang selesa untuk kegunaan harian.

Model baharu ini juga dikemaskini dengan Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi) yang menjaminkan penjimatan bahan api di samping emisi rendah.

Dua varian ditawarkan bagi model 2020:

EX5 (cast wheel) – RM5,009
EX5 (spoke wheel) – RM4,783

Honda EX5 2020 didatangkan dengan waranti 2 tahun atau 20,000km (mana yang sampai dulu).

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda EX5, pelanggan boleh kunjungi pengedar Honda terdekat atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply