Pusat Pameran Ducati Kedua Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Petaling Jaya!

Bagi memberikan pengalaman terbaik kepada para Ducatistis, Next Bike Sdn Bhd – pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia – melancarkan pusat pameran Ducati serba baharu di Petaling Jaya.

Menariknya, pusat pameran baharu ini merupakan kedua terbesar di Asia Tenggara dan menempatkan pusat servis antara yang terbesar di Asia – menawarkan lapan tapak servis yang mampu mengendalikan lebih 450 unit motosikal sebulan.

Pengunjung juga dapat merasai pengalaman pembelian yang kini dipertingkat dengan identiti korporat terbaru di samping menikmati tawaran baharu antaranya Ducati Apparel Tech dan aksesori.

Menariknya, Scrambler Camp turut dinaik taraf dan menawrakan Apparel Tech serta aksesori khas.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Automotive Group Naza Corporation, Dato Nik Hamdan Nik Hassan berkata, “Ducati dicipta untuk mereka yang meminati kelajuan. Disebabkan setiap model menawarkan aura yang berbeza, kami mahu Ducatistis untuk menikmati pengalaman 360 darjah.”

Pusat pameran ini turut menawarkan ruang ‘lepak’ yang lebih luas dan selesa bagi menempatkan pelanggan ketika menunggu jentera masing-masing diservis.

Orang ramai yang hadir juga boleh menyaksikan dengan lebih dekat model Ducati terkini antaranya Panigale V4S, 916 Anniversaroi, Monster 821 dan Hypermotard 950 serta Diavel 1260S.

Majlis pelancaran turut menyaksikan kehadiran dua pelumba MotoGP Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci yang kini di Malaysia bagi sesi ujian pra-musim yang akan membuka tirai pada 7 hingga 9 Februari ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply