Honda CBR250RR 2020 Didedahkan – 41hp!

Pasaran jentera 250cc dijangka kembali hangat ketika Kawasaki memperkenalkan ZX-25R di Tokyo Auto Show, hujung tahun lalu.

Bagi menyaingi segmen terbabit, Honda turut didedahkan akan memperkenalkan CBR250RR versi 2020 dengan enjin yang telah dinaik taraf.

Media Jepun, Young Machine, memuat naik beberapa imej dan info berkenaan dengan Honda CBR250RR 2020.

Difahamkan, gambar terbabit berjaya diperoleh ketika sesi taklimat produk bagi pengedar Honda di Jepun.

Berdasarkan maklumat diperolehi itu, CBR250RR versi 250cc tersebut kini mampu menghasilkan 41 hp berbanding 38hp bagi model sedia ada.

Young Machine turut mendedahkan bahawa CBR250RR 2020 akan didatangkan dengan quickshifter dan sistem Throttle-by-Wire.

Honda CBR250RR 2020 ini dijangka akan ditawarkan pada harga JPY 847,000 (RM31,727).

Sudah sekian lama, peminat motosikal di Malaysia mengharapkan Boon Siew Honda membawa pasukan CBR250RR ke pasaran negara, persoalannya adakah harga sekitar RM30 ribu sanggup dibelanjakan bagi sebuah jentera 250cc?

(SUMBER: Young Machine)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]