MotoGP: Ducati Dedahkan Livery Baharu Bagi Musim 2020

 

Ducati muncul pasukan pertama untuk mendedahkan livery baharu bagi saingan MotoGP musim 2020.

Pengeluar motosikal Itali itu membuka tirai 2020 dengan mempertaruhkan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Andrea Dovizioso

Ducati menamatkan aksi musim lalu di tempat ketiga, tiga mata dibelakang Yamaha dalam perebutan kejuaraan pasukan.

Mengekalkan warna merah gelap ikonik, ‘livery’ baharu ini turut mengembalikan jenama Mission Winnow.

Danilo Petrucci

Pengarah Urusan Ducati, Gigi Dall’lgna mengakui tiada perubahan ketara terhadap rekaan dan pilihan warna bagi musim 2020.

“Dari pandangan pelumba kami, tiada apa yang berubah tetapi sejujurnya, saya gembira dengan perkara ini.

“Sasaran kami tahun ini sama seperti musim lalu, merebut kejuaraan dunia dan melakar keputusan yang baik setiap perlumbaan.

“Pencabar utama kami sudah tentunya Marc Marquez dan Honda, tetapi kami yakin saingan 2020 akan menjadi lebih sengit, lebih sukar berbanding 2019,” jelasnya.

Sesi ujian pra-musim akan membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang bermula 7 hingga 9 Februari ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.