PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Percuma Sempena Tahun Baru Cina!

Advertisements

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin menghampiri, PUSPAKOM Sdn Bhd menganjurkan kempen #drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela percuma kepada semua pemilik kenderaan persendirian.

Objektif kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan agar dapat pulang ke pangkuan yang tersayang di kampung dengan selamat.

Kempen #drivesafenoregrets ini akan berjalan selama 11 hari bermula hari ini hingga 21 Januari 2020 di semua Pusat Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM – kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang khas untuk kenderaan berat.

Pada masa sama, PUSPAKOM turut menyediakan unit bergerak dibeberapa tempat terpilih:

  • Taman Pudu Ulu, Kuala Lumpur – 11 Januari
  • Dataran Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 14 Januari
  • Tesco Extra Ampang – 18 Januari
  • Insa Dunia Food Court P. Pinang – 22 Januari
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Alor Setar – 23 Januari

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Encik Shukor Ismail mahu orang ramai menjalani pemeriksaan ini.

“Setiap kali menjelang perayaan, pemilik dan pemandu kenderaan yang bertanggungjawab akan terfikir untuk menyelenggara kenderaan mereka sebelum pulang ke kampung.

” Kami juga menggalakkan mereka untuk turut menjalani Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela Percuma yang ditawarkan PUSPAKOM.

“Pemeriksaan ini akan memberikan bacaan dan laporan prestasi 25 item pemeriksaan kenderaan iaitu termasuk keadaan tayar, gelincir sisi, suspensi, pelepasan asap, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, pemeriksaan cermin gelap dan lain-lain lagi,” jelasnya.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my