Reviu Mio Mivue 792: Bukan Dashcam ‘Beshe- Beshe’

Hampir setiap jam melayari laman sosial ada saja perkongsian video dari rakaman dashcam yang merekodkan insiden kemalangan jalan raya.

Ini membuktikan dashcam memainkan peranan penting yang bukan sahaja boleh menceritakan apa yang berlaku malah melindungi pemandu kenderaan daripada insiden yang tidak diingini.

Sebagai contoh, tahun 2019 menyaksikan adik kepada pelakon dan pengacara, Afdlin Shauki, meninggal dunia susulan terbabit dalam kemalangan.

Insiden itu turut membuatkan Afdlin memohon orang ramai yang mungkin merakam insiden tersebut menerusi dashcam untuk tampil bagi menceritakan apa yang berlaku.

Senario ini sekaligus menceritakan kepentingan dashcam pada masa kini.

Menyedari perkara ini, Mio – peneraju utama dunia dalam dashcam – memutuskan untuk membawa masuk produk mereka ke pasaran negara menerusi majlis pelancaran yang diadakan sekitar September 2019.

Bagaimanapun, dalam kalangan produk yang diperkenalkan, Mio Mivue 7 Series paling mencuri tumpuan, terutamanya Mio Mivue 792.

Menariknya, sifat ingin tahu kami membuak-buak sebaik dimaklumkan mengenai harga model paling premium ini, RM799.

Ketika sedang asyik membaca ciri yang ditawarkan, kami di MotoMalaya telah diberikan peluang untuk menguji kemampuan produk premium ini.

Sekali imbas, rekaan keseluruhan Mivue 792 tampak sama dengan produk lain dalam pasaran tetapi fungsi yang ditawarkan dan kualiti yang dipamerkan memang lain dari yang lain.

Sensor STARVIS oleh Sony memainkan peranan penting dalam menawarkan rakaman video berkualiti tinggi termasuk di waktu malam.

Kemampuan merekodkan video pada 1080p/60fps pada F1.8 juga memastikan segalanya dapat dilihat dengan lebih jelas dan terperinci – terutamanya di waktu siang.

Bukan itu sahaja, tidak seperti dashcam lain dalam pasaran, Mio Mivue 792 didatangkan dengan kemampuan WIFI yang boleh disambungkan pada telefon pintar.

Ciri ini membolehkan rakaman video dihantar terus ke telefon pintar pemandu sekiranya berlaku kemalangan!

Belum cukup bukti bagi mengukuhkan harga RM799? Mivue 792 juga boleh disambung dengan kamera belakang Mivue A30 dan ciri Parking Mode – yang membolehkan kamera ini merakam – sehingga 36 jam – meskipun kereta tidak dihidupkan.

Malah, Mivue 792 juga menawarkan beberapa ciri penting lain yang menakjubkan antaranya:

  • Lane Departure Warning System
  • Driver Fatigue Alert
  • Eco-Drive Indicator
  • Tyre Pressure Warning System

Ternyata, Mio tak main-main apabila mereka dengan berani mengatakan Mivue 792 memang luar biasa. Mio sememangya merevolusikan fungsi sebuah dashcam yang sebelum ini hanya merakam pemanduan harian.

Bagi yang berminat, layari Mio untuk keterangan lanjut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply