Perkhidmatan E-Hailing GrabBike Bermula!

Advertisements
Sumber: Lowyat.net

Bagi menawarkan perkhidmatan e-hailing secara menyeluruh, Grab Malaysia telah memulakan servis GrabBike di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut laporan Lowyat.net, perkhidmatan terbabit meliputi kawasan sekitar KLCC, Bukit Bintang, Pudu dan Chow Kit dengan tempoh ujian akan berjalan selama 6 bulan.

Sumber: Lowyat.net

Sementara itu, berdasarkan SoyaCincau, caj permulaan adalah RM3.70 bagi perjalanan dibawah 3 kilometer.

Bagaimanapun, denda sebanyak RM2 akan dikenakan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan selepas tempoh 5 minit atau penunggang GrabBike telah menunggu lebih daripada dua minit.

Pada masa sama, penumpang kaum Hawa yang berminat untuk menggunakan servis ini juga boleh memilih penunggang wanita.

Dalam perkembangan lain, servis e-hailing motosikal pertama negara, Dego Ride, turut kembali beroperasi pada 1 Januari lalu dengan lebih 700 penunggang.

Difahamkan, Dego Ride bakal mengembangkan operasi mereka ke negeri lain bermula Mac tahun ini.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.