Kanak-Kanak 2 Tahun Maut, Tercampak Keluar Dari Pangkuan Ibu

Ketika kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak bermula 1 Januari 2020 ramai pihak menyuarakan ketidakpuasan hati kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan kerusi terbabit.

Bagaimanapun, pemakaian kerusi kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah kerana melibatkan nyawa anak sendiri.

Menurut laporan Astro Awani, pasangan ibu dan ayah meratapi pemergian anak berusia 2 tahun selepas terlibat kemalangan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu pasangan muda suami isteri bersama anak berusia dua tahun telah bertembung dengan Perodua Alza lalu terjunam ke parit berhampiran.

Berdasarkan maklumat pihak berkuasa, pasangan suami isteri Myvi terbabit mengalami keederaan patah paha kiri dan kanan serta kecederaan di kaki sementara pemandu Alza – wanita berusia 30an – mengalami cedera ringan.

Bagaimanapun, anak yang dipangku di tempat duduk depan tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak berkuasa untuk hanya memberikan amaran kepada ibu bapa yang masih belum mengenakan kerusi keselamatan kanak-kanak sehingga 6 bulan sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dijalankan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply