Puig Nafi Dakwaan Jentera RC213V Sukar Ditunggang

Advertisements

Pengurus pasukan Repsol Honda, Alberto Puig, menyangkal dakwaan bahawa jentera RC213V sukar untuk ditunggang dan menyifatkan itu sebagai satu teori semata-mata.

Marc Marquez merekodkan kejuaraan dunia MotoGP kali keenam tahun ini dengan 12 kemenangan setelah merekodkan 420 mata di samping turut menghadiahkan kejuaraan pasukan.

Bagaimanapun, kejayaan Marquez tidak dapat dicerminkan rakan sepasukan, Jorge Lorenzo dan pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow dengan masing-masing mendakwa jentera RC213V itu sukar dikendalikan.

Baru-baru ini turut timbul dakwaan bahawa pengurus Ducati, Paolo Ciabatti, mengeluarkan kenyataan bahawa HRC mencipta jentera tersebut mengikut acuan Marquez, bagaimanapun, Puig menafikan dakwaan itu.

“Pertamanya, dakwaan jentera ini sukar ditunggang bukan satu fakta, ini hanya teori.

“Buktinya, dalam tempoh 18 tahun ini Honda telah memenagani 10 kejuaraan dengan empat pelumba berbeza – Valentino Rossi, Nicky Hayden, Casey Stoner dan Marquez.

“Statistik ini membuktikan jentera Honda lebih mudah untuk dikendalikan kerana ramai pelumba telah merangkul kejuaraan dengan jentera kami.

“Terbukti dakwaan jentera Honda sukar ditunggang hanyalah satu teori dan bukannya hakikat,” jelas Puig.

(SUMBER: Autosport)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.