Racun 2020 Mendarat, Honda CBR1000RR-R Kini Di Malaysia!

Advertisements

Setelah lebih sebulan diperkenalkan, Honda CBR1000RR-R 2020 kini dilancarkan di Malaysia!

Model baharu ini dipertontonkan buat kali pertama di Malaysia seiring dengan pembukaan tirai Sepang 8 Hours termasuk majlis pengumuman pasukan Honda Asia Dream Racing tahun depan.

Kuda liar daripada Honda ini difahamkan lahir menerusi kerjasama rapat dengan Honda Racing Corporation (HRC).

Menurut Honda, CBR1000RR-R ini menghasilkan 217hp pada 14,500rpm dan 113Nm pada 12,500rpm dan angka tersebut lebih tinggi berbanding model CBR1000RR SP 2019!

Pada masa sama, Honda turut mendakwa jentera 2020 ini mendapat suntikan teknikal dan teknologi jentera RCV213V-S yang ditunggangi juara dunia MotoGP, Marc Marquez.

Meskipun tampak lebih besar berbanding model terdahulu namun dengan bantuan HRC, setiap bahagian piston adalah 5 peratus lebih ringan.

Bagi memastikan suhu enjin kekal terkawal, penggunaan sistem multi-point dan multi-directional semburan minyak hanya beroperasi ketika berada dalam rpm tinggi sementara ketika berada rpm rendah, saluran minyak ditutup bagi memastikan tekanan minyak berada di tahap optimum.

Kerangka aluminium serba baharu dan swingarm yang lebih panjang turut diinspirasikan daripada RC213V-S.

Model standard menggunakan fork Big Piston (BPF) Showa 43mm dan penyerap hentakan belakang Showa Balance Free Rear Cushion Light (BFRC-L) boleh laras) serta kaliper brek empat piston oleh Nissin manakala versi SP menggunakan fork depan Ohlins NPX 43mm dan Ohlins Object Based Tuning generasi kedua bagi mengawal tetapan depan dan belakang.

Versi SP turut mengguna pakai kaliper brek Brembo Stylema empat piston sementara model standard didatangkan dengan kaliper brek Nissin.

Menariknya, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan CBR1000RR-R 2020 beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2020.

Harga bagi CBR1000RR-R  ini akan diumumkan kemudian sebaik dilancarkan secara rasmi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.