Cuba Seludup Harley-Davidson Menerusi Airbus, CEO Garuda Indonesia Dipecat

Sumber: Gridoto.com

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Garuda Indonesia, I Gusti Ngurah Askhara Danadiputra, akan dipecat serta-merta gara-gara menyeludup sebuah motosikal Harley-Davidson klasik ke negara itu menerusi kapal terbang Airbus baharu.

Jawatankuasa audit diterajui Erick Thohir mendedahkan pihaknya mendapati CEO Garuda – yang turut dikenali sebagai Ari Askhara – itu telah menggunakan jawatannya untuk membuat pembelian sebuah Harley Shovelhead.

Sumber: cycleworld.com

Pihak berkuasa turut menjumpai dua jentera Brompton boleh lipat di dalam kapal terbang terbabit.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Ari telah mengeluarkan arahan pada 2018 untuk mencari jentera tersebut sebelum membuat pembelian pada April tahun ini menerusi akaun peribadi pengurus kewangan Garuda di Amsterdam.

Sementara itu, manifesto penerbangan Airbus yang membawa Harley-Davidson terbabit hanya merekodkan 22 individu tanpa sebarang kargo sekaligus bercanggah dengan kenyataan CEO Garuda terbabit yang mendakwa motosikal terbabit telah pun disahkan dengan pihak kastam.

(SUMBER: Free Malaysia Today)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]