BMW Malaysia Tawar Subsidi RM100 Seunit Bagi Kerusi Kanak-Kanak

Menyedari pemakaian kerusi kanak-kanak akan dikuatkuasakan kelak, BMW Malaysia memperkenalkan tawaran subsidi khas bagi kerusi kanak-kanak terhad kepada 150 unit sahaja.

BMW Malaysia dengan kerjasama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation menawarkan subsidi serendah RM100 bagi 150 uni sebagai langkah menggiatkan penggunaan kerusi kanak-kanak dikalangan rakyat Malaysia.

Langkah ini sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak bermula Januari 2020.

Sementara itu, sebagai langkah penggalakkan, pemandu yang didapati tidak menggunakan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama hanya akan dikenakan amaran.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Haralz Hoelzl, menyifatkan setiap pengeluar kenderaan harus memberikan penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak.

BMW Malaysia bersama-sama Safe ‘n Sound mensubsidikan 150 kerusi kanak-kanak snskids Ace jenis carrier dengan setiap satunya bernilai RM100.

Ibu bapa yang berminat boleh KLIK SINI bermula hari ini hingga 15 Disember 2019.

“Statistik menunjukkan hanya 30% pemandu yang menggunakan kerusi khas untuk anak-anak mereka, maka ia menjadi lebih mustahak bagi kami sebagai pengeluar kenderaan untuk memberi penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak, dan bersedia untuk mengharungi cabaran dalam usaha untuk mendidik dan meningkatkan aksesibiliti ke atasnya.

“Kami berasa terdorong melihat Kementerian Pengangkutan mengambil langkah yang tegas untuk mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak pada tahun hadapan, namun pada masa yang sama, menyedari bahawa terdapat golongan ibu bapa yang mungkin mempunyai akses terhad ke atas kerusi khas berkenaan – lantas mereka diberikan pelepasan cukai serta yuran eksais yang lebih rendah untuk memperoleh kerusi ini.

“Sehubungan itu, kini kami membawakan program subsidi tersebut menerusi kemudahan dalam talian untuk menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply