Siap Kaliper Brembo Stylema, Triumph Tiger 900 2020 Didedahkan!

Triumph Tiger 900 Rally Pro

Triumph Tiger menerima nafas baharu bagi tahun 2020 dengan lima varian diperkenalkan.

Triumph memperkenalkan Tiger 900, Tiger 900 GT dan GT Pro, Tiger 900 Rally dan Rally Pro menggantikan model XC dan XR sebelum ini.

Penambahbaikan terbaru bagi keluarga Tiger adalah penggunaan enjin lebih besar, 900cc tiga silinder berbanding 800cc sebelum ini.

Rally Pro dan GT Pro

 

Meskipun menghasilkan 93.9hp pada 8,750rpm – sekitar angka sama dihasilkan model terdahulu – namun Triumph mendakwa nadi baharu ini menghasilkan tork lebih tinggi pada RPM yang rendah.

Model baharu ini turut dengan chasis serba baharu di samping kaliper Brembo Stylema – seperti yang terdapat pada Ducati Panigale V4 – yang turut didatangkan secara standard.

Triumph Tiger GT Pro

Bagaimanapun, perbezaan di antara kesemua model terarah kepada bahagian ‘suspension’ dengan Tiger 900 mendapat fork Marzocchi tidak laras dan penyerap hentakan dengan preload sementara Tiger GT didatangkan dengan fork boleh laras – compression dan rebound.

Varian GT Pro pula didatangkan dengan fork sama namun dengan sistem penyerap hentakan elektronik.

Triumph Tiger GT Pro

 

Sementara itu, model Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan sistem penyerap hentakan Showa boleh laras sepenuhnya.

Pada masa sama, varian GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan paparan skrin TFT 7-inci dengan GT Pro dan Rally Pro didatangkan dengan sistem Triumph My Ride.

Antara ciri menarik lain:

  • Cornering ABS dan IMU (GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro)
  • 6 mod tunggangan (Rain, Road, Sport, Rider, Off-Road, Off-Road Pro)
  • Quickshifter (GT Pro dan Rally Pro)
  • Lampu LED
  • USB Port
  • Tangki 20L
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]