Geng Belalang Tumpas, Lebih 20 Kerangka Motosikal Dijumpai

Pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan curi motosikal dan kereta didalangi Geng Belalang di Kuala Muda, Kedah, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, tiga lelaki berusia 20 hingga 24 tahun itu telah pun ditahan di antara 15 hingga 24 November lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, mendedahkan geng tersebut terlibat dalam kes kecurian motosikal dan kereta di sekitar Kedah terutamanya Kuala Muda.

Pihak polis turut berjaya menemukan 20 kerangka motosikal dan empat penutup enjin di sebatang sungai Tanjung Dawai.

Datuk Zainuddin turut memaklumkan bahawa enam daripada rangka dijumpai antara yang dilaporkan hilang.

Difahamkan, kumpulan Geng Belalang terbabit aktif melakukan jenayah ini sejak 2016.

(SUMBER: Harian Metro)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply