Chasis Baharu, Espargaro Terkejut Mampu Saingi Marquez

Pelumba KTM,  Pol Espargaro, terkejut dengan chasis baharu diguna pakai apabila berjaya menyaingi juara dunia 2019, Marc Marquez.

Espargaro berjaya menyaingi catatan masa terpantas Marquez kurang tiga lap selepas menggunakan chasis baharu tersebut.

Pada hari pertama sesi ujian di Valencia, dia berjaya menamatkan sesi dengan catatan masa kelapan terpantas.

Bagaimanapun, sebaik menggunakan kerangk baharu, Espargaro berjaya menduduki tempat kedua dibelakang Marc Marquez.

Dia kemudiannya akui terkejut dengan keputusan itu.

“Ketika ujian sesi pagi, saya menunggang dengan chasis sama sebelum mengalami kemalangan.

“Kemudian, Brad (Binder) turut kemalangan jadi kami kehabisan jentera untuk diuji. Ketika itu lah saya diberikan jentera dengan kerangka baharu dan saya terus terpegun!

“Saya mencatat masa kedua terpantas di belakang Marquez. Jentera ini jauh lebih baik di bahagian selekoh dan memiliki cengkaman yang mantap,” jelasnya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]