Toyota Outrun Berjaya Raih Dana RM151,000

UMW Toyota Motor Sdn Bhd sentiasa mengambil serius dalam projek kemasyarakatan (CSR) dengan mengadakan pelbagai inisiatif antaranya memperbaiki kehidupan orang ramai.

Sempena dengan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik, Toyota Motor Corporation (TMC) telah memulakan kempen ‘Start Your Impossible’ (SYI) yang menggalakan orang ramai untuk melakukan yang mustahil.

Sebagai sokongan terhadap objektif TMC dalam melaksanakan Start Your Impossible, UMWT turut sama menghulurkan sokongan terhadap kempen terbabit dengan memperkenalkan dua acara kebajikan, Toyota Classic dan Toyota Outrun.

Dibawah payung ‘Start Your Impossible’, UMWT memperkenalkan DUAL HEROES CONCEPT yang menggambarkan seorang atlet tempatan yang sentiasa bertarung dengan kehidupan seharian dan sebagai atlet paralimpik negara.

Menerusi konsep ini, UMWT memilih Atlet Paralimpik Terbaik 2016, Abdul Latif Romly selaku duta SYI.

Latif dipilih susulan kejayaannya memecah rekod lompat jauh T20 sebanyak tiga kali di Sukan Paralimpik 2016.

Penganjuran Toyota Outrun yang diadakan di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning baru-baru ini berjaya mencapai objektif apabila meraih dana lebih RM151,000 untuk Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Angka tersebut berjaya dicapai apabila lebih 3,000 peserta menyertai larian 8 kilometer terbabit termasuk 20 individu kurang upaya.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K turut menghamburkan terima kasih kepada yang terlibat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai larian Toyota Outrun ini. Dana yang dikutip akan digunakan sebaik mungkin oleh Majlis Olimpik Malaysia,” jelasnya.