Antara Crutchlow, Zarco Dan Marquez – Jorge Lorenzo

Setelah mengumumkan akan bersara hujung musim ini, Jorge Lorenzo mendedahkan tiga nama telah dicanang akan mengisi tempatnya di Repsol Honda musim depan.

Lorenzo mendakwa Cal Crutchlow, Johann Zarco dan pelumba Moto2, Alex Marquez antara calon yang sedang dipertimbangkan ketika ini.

Menurut laporan Crash.net, Lorenzo menyifatkan ketiga-tiga pelumba menawarkan sumbangan yang berbeza.

“Cal (Crutchlow) merupakan pelumba yang brpengalaman dan kita semua tahu dia seorang yang pantas di litar, Johann (Zarco) juga melaksanakan tugas dengan baik dalam tiga perlumbaan ini.

“Sementara itu Alex, dia merupakan dua kali juara dunia di Moto2 dan adik kepada Marc (Marquez), jadi pastinya menarik untuk menyaksikan dua beradik beraksi dalam satu pasukan bersama Repsol,” jelasnya.

Meskipun sebelum ini Zarco disebut sebagai calon utama namun nama Alex (Marquez) kini semakin kuat dikaitkan.

(SUMBER: Crash.net)