MINI John Cooper Works Countryman Dan Clubman Kini Di Malaysia – 306hp, 450Nm!

Jenama kereta kompak premium, MINI melancarkan MINI John Cooper Worls Countryman dan John Cooper Works Clubman serba baharu.

Nadi kedua-dua model ini dijana oleh enjin empat siinde 1998cc yang mampu menghasilkan 306hp pada 5,000-6000rpm dan 450Nm pada 1,750-4,000rpm dan berkemampuan merekodkan kelajuan maksima 250km/j.

Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi lapan kelajuan Steptronic Sports Automatic.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, kedua-dua model tersebut merupakan initiatif MINI untuk mengangkat nama jenama itu ke aras yang lebih tinggi.

“Hari ini, kami mempersembahkan sebuah evolusi yang terunggul menerusi dua kenderaan ikonik MINI yang digemari ramai.

“Berasaskan MINI John Cooper Works Countryman dan Clubman yang dirungkaikan di seluruh negara pada tahun 2017, kedua-dua model ini telah diberikan jumlah kuasa yang tertinggi setakat ini dengan enjin baharu yang berkeupayaan untuk digunakan di litar lumba.

“Kini dengan 306 kuasa kuda, kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP akan menjadi produk yang luar biasa,” jelasnya.

 

Menariknya, angka 306hp merupakan kuasa tertinggi pernah dihasilkan MINI dalam sejarah 60 tahun syarikat tersebut.

“Kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP baharu merupakan antara model yang paling berkuasa tinggi pernah dikeluarkan dalam sejarah MINI yang berusia 60 tahun.

“Sebagai sumber kuasa bagi pemanduan yang menyeronokkan, enjin empat silinder yang direka semula secara komprehensif melengkapi model-model baharu kami dan ia berorientasikan prestasi maksimum, lantas memastikan jentera sport tersebut menerajui segmen kompak premium,” tambahnya.

Pada masa sama, Clubman dan Countryman ini turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik terkini antaranya, integrasi kad SIM 4G, aplikasi MINI Connected yang menawarkan fungsi:

  • Teleservices
  • Panggilan Kecemasan Pintar
  • Remote Service
  • Apple CarPlay
  • Concierge Services
  • MINI Online
  • MINI Find Mate

Pada masa sama rekaan luar turut dikemaskini antaranya panel trim dengan salur masuk udara yang baharu serta paip ekzos yang lebih besar bagi mewujudkan bunyi jentera yang lebih garang.

Sementara itu, reka bentuk gril depan yang lebih besar dengan corak ‘honeycomb’ yang merupakan sinonim dengan John Cooper Works.

MINI John Cooper Works Clubman ditawarkan dengan harga RM358,888 sementara Countryman, RM378,888.

Kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP ditawarkan dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun oleh MINI berserta Servis Berjadual Percuma.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply