EICMA 2019: Suzuki Lancar V-Strom 1050 – 1037cc, 105hp

Suzuki telah melancarkan dua model V-Strom 1050 baharu bagi tahun 2020 – V-Strom 1050 dan V-Strom 1050 XT.

Jentera segmen adventure ini menerima pelbagai penambahbaikan antaranya dari aspek rekaan, elektronik dan enjin patuh piawaian Euro 5.

Model baharu ini didatangkan dengan enjin V-Twin 1037cc yang mampu menjana 105hp.

Enggan ketinggalan dengan jentera moden lain, Suzuki V-Strom 1050 ini dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), pakej elektronik yang meningkatkan lagi pengalaman tunggangan dan keselesaan serta Sisem Motion Track Brake dan ride-by-wire.

Rekaan keseluruhan V-Strom ini turut diinspirasikan daripada jentera ikonik Suzuki DR BIG dan DR-Z rali yang popular pada era 80an.

Selain daripada rekaan kerangka baharu, V-Strom 2020 ini turut dilengkapi dengan paparan LCD baharu serta tiga mod tunggangan.

Varian XT turut dilengkapi beberapa elektronik terkini antaranya:

  • Cornering ABS
  • Hill-hold control
  • Cruise control
  • Adjustable seat

Difahamkan, Suzuki akan memasarkan V-Strom 1050 ini bermula Mac 2020.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]