‘Tiada Tambah Nilai Touch ‘N Go’ Berjaya Kurangkan 48 Peratus Kesesakan – PLUS

Sumber: FMT

Meskipun ramai yang mengeluh dengan perlaksaan ‘Tiada Tambah Nilai Touch ‘N Go’ di plaza tol PLUS ketika ini namun kaedah tersebut ternyata berhasil apabila kajian mendapati lebih 48 peratus kesesakan berjaya dikurangkan.

Ketika PLUS melaksanakan inisiatif ini dua bulan lalu, terdapat penurunan mendadak terhadap pemandu yang mahu tambah nilai di plaza tol di antara Seremban dan Selatan Ipoh.

Daripada 850,000 kenderaan keluar masuk, 5 peratus daripada kesesakan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak memiliki baki yang mencukupi.

Meskipun angka tersebut kelihatan kecil namun ia melibatkan lebih 42,500 kenderaan yang menyebabkan kesesakan lalu memberi kesan terhadap 95 peratus kenderaan lain.

Menariknya, pada 30 September, PLUS mendapati terdapat penurunan mendadak daripada 42,500 kepada 22,000 kenderaan yang tidak memiliki baki yang mencukupi sekaligus menandakan penurunan sebanyak 48.2 peratus.

PLUS juga bakal melaksanakan ‘Tiada Tambah Nilai Touch ”N Go’di semua lebuhraya di bahagian utara dan selatan dalam masa terdekat.

Sementara itu, PLUS menggesa pengguna jalan raya untuk terus merancang perjalanan lebih awal agar kesesakan di setiap plaza tol dapat dikurangkan dengan lebih lagi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply