Benelli Leoncino 800 Didedahkan Di China Sebelum Tayangan Di EICMA 2019

Benelli Leoncino 800 yang pada awalnya akan ditayangkan di EICMA 2019 akhirnya didedahkan lebih awal di China.

Model ini pernah ditayangkan kepada orang awam sebagai jentera konsep ketika di EICMA 2018 bagaimanapun terdapat beberapa perubahan kecil dilakukan.

Rekaan keseluruhan tampak sama seperti yang terdapat pada Leoncino 500 namun lampu hadapan lebih bujur di samping turut didatangkan dengan penhadang angin yang kecil.

Seperti Leoncino 500 dan 250, model ini turut dilegkapi logo Lion of Pesaro di bahagian fender depan.

Difahamkan, Leoncino 800 mendapat enjin 754cc yang sama terdapat pada Benelli 752S parallel-twin yang mampu menghasilkan 76.8hp dan 67Nm bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa model ini akan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi tatkala Benelli menamakan jentera ini sebagai 800 dan bukannya 752.

Sementara itu, sistem brek turut dipertingkat dengan penggunaan kaliper radial Brembo empat pot di bahagian depan dan satu pot di bahagian belakang.

ABS turut difahamkan akan didatangkan secara standard.

Benelli Leoncino 800 akan diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019.

(SUMBER: Visor Down)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]