RM30 Sebulan Untuk Kereta, RM12 Untuk Motosikal – Skim Subsidi Minyak Bersasaran

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan bahawa Skim Subsidi Minyak Bersasaran akan berkuatkuasa 1 Januari 2020 depan.

Menerusi skim ini, pihak kerajaan akan menyalurkan wang tunai kepada akaun penerima sekali bagi setiap empat bulan.

Menurutnya, “kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta sementara RM12 sebulan bagi motosikal.”

Kerajaan menjangkakan lebih 2.9 juta rakyat akan menerima manfaat daripa skim baharu ini.

(SUMBER : Bernama)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply