Mazda CX-8 Serba Baharu Dilancarkan, Tempahan Dibuka, Harga Rahsia

Jika Mazda CX-9 terlalu besar sementara CX-5 terlalu kecil, usah gusar kerana Bermaz Motor Sdn Bhd – pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia – melancarkan Mazda CX-8 2019 serba baharu.

Menawarkan konfigurasi tempat duduk 3-Row, model baharu ini merupakan pilihan terbaik bagi keluarga yang masih mahu menikmati masa diluar namun tanpa perlu bimbang tentang penggunaan minyak, ruang dan prestasi pemanduan.

Reka bentuk

Seperti model Mazda lain, CX-8 turut diterapkan dengan identiti rekaan KODO, bagi menghasilkan sebuah kenderaan yang tampak premium namun masih mengekalkan gaya moden.

Seperti model Mazda lain, bahagian depan yang lebih rendah dan tajam menonjolkan lagi rupa CX-8 ditambah dengan rekaan lampu depan serta gril berwarna perak.

Ruang dalam

 

Mazda telah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap ruang dalam bagi memastikan tahap keselesaan tinggi dapat dinikmati pemandu dan penumpang.

Sasaran utama adalah menghasilkan ruang yang selesa bagi semua jenis saiz pemandu dan penumpang terutamanya di barisan ketiga tempat duduk yang boleh memuatkan ketinggian dewasa – 170cm.

Penggunaan bahan anti-gegaran di bahagian ‘fender’ belakang memastikan gegaran tidak dapat dirasai sekaligus memastikan tempat duduk barisan ketiga kekal senyap dan selesa. Jurang yang wujud di antara bumbung dan ‘spoiler’ turut dirapatkan bagi mengurangkan bunyi angin.

Mazda CX-8 2019 serba baharu didatangakan dengan tiga jenis tempat duduk:

  • 7 tempat duduk (2-3-2)
    varian SKYACTIV-G 2.5L 2WD
  • 6 tempat duduk, Captain Seat (2-2-2)
    varian SKYACTIV-G 2.5L 2WD
  • 6 tempat duduk, barisan kedua dengan Centre Console (2-2-2)
    varian SKYACTIV-G 2.5L 2WD
    varian SKYACTIV-D 2.2L AWD

Enjin

Varian SKYACTIV-G 2.5L 2WD menghasilkan 192hp pada 6,000rpm dan 258Nm pada 4,000rpm sementara varian SKYACTIV-G 2.2L AWD menjana 188hp pada 4,500rpm dengan 450Nm pada 2,000rpm.

Kesemua varian didatangkan dengan transmisi enam kelajuan SKYACTIV-Drive dengan mod Manual Shift termasuk sistem G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) yang menjadikan pemanduan lebih stabil dan berkuasa.

Sistem hiburan

 

Sebagai sebuah kereta Jepun berstatus premium, Mazda CX-8 turut dilengakpi dengan Apple Carplay dan Android Auto – didatangkan secara standard.

Orang ramai boleh mengakses aplikasi Waze/Google Maps, Spotify dan beberapa fungsi lain.

Ciri keselamatan

  • 6 bag udara SRS
  • ABS dengan Electronic Brake Distribution
  • Brake Assist
  • Traction Control System
  • Emergency Stop Signal
  • Hill Launch Assist
  • Impact Absorbing Bonnet
  • i-ACTIVESENSE (kecuali varian 7 tempat duduk)

Mazda CX-8 ditawarkan dengan enam warna pilihan – Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver dan Jet Black.

Mazda CX-8 kini dibuka untuk tempahan dengan harga rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply