Isuzu D-Max 1.9 Ddi BluPower Dilancarkan – Harga Dari RM80,149!

 

Selepas menghasilkan lebih 25 juta enjin, Isuzu kembali perkukuhkan jenama selaku antara pengeluar tertua di Jepun dengan melancarkan Isuzu D-Max 2019 dengan enjin 1.9L serba baharu!

D-Max 1.9 ini akan menggantikan enjin 2.5 liter sedia ada dalam pasaran.

Meskipun lebih kecil namun enjin diesel turbocharge ini menghasilkan 150hp dan 350 Nm – 10 peratus lebih tinggi berbanding enjin 2.5L.

Selain daripada menghasilkan enjin yang lebih berkuasa, Isuzu turut memastikan enjin RZ4E ini jimat minyak dan lebih tahan lasak di samping mengekalkan keselesaan sama seperti ditonjolkan enjin sebelum ini.

Fakta menarik enjin RZ4E 1.9L berbanding 2.5L:

  • 10 peratus lebih kuasa dari 2.5L
  • 19 peratus lebih jimat minyak dari 2.5L
  • 6 peratus lebih senyap
  • 59 kilogram lebih ringan
  • lebih tahan lasak
  • tahan lama

Isuzu D-Max 1.9L baharu ini turut dilengkapi dengan tranmisi enam kelajuan yang memiliki fungsi seperti ‘Gear Change Control Learning’.

Selain daripada memiliki ciri keselamatan seperti Hill Descent Control dan Hill Start Assist, Isuzu D-Max 1.9L turut dilengkapi:

  • SRS Airbang
  • Electronic Stability Control
  • Brake Override System
  • ABS

Sementara itu, meskipun rekaan luaran tidak menampakkan perbezaan ketara namun model baharu ini turut dilengkapi lampu projektor depan Bi-LED serta Daytime Running Light (DRL).

Isuzu D-Max 1.9 boleh didapati pada harga bermula dari RM80,149.

Orang ramai yang berminat boleh ke pengedar rasmi terdekat atau layari www.isuzu.net.my/pickup untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.