Kawasaki Bakal Lancar Model Z Dengan Enjin Supercharge

Kawasaki Eropah telah memuat naik sebuah video berdurasi 11 saat yang memaparkan seolah-olah bilah kipas berpusing sebelum berakhir dengan logo ‘Z’.

Meskipun video tersebut tidak menawarkan maklumat lain namun difahamkan, bilah kipas tersebut didakwa merujuk kepada enjin supercharge yang terdapat pada model H2, H2R dan H2SX.

Saksikan ‘teaser’ tersebut di bawah:

Bagaimanapun, logo ‘Z’ yang dipaparkan itu sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa varian super naked Kawasaki bakal mendapat suntikan enjin supercharge!

Namun, belum pasti sama ada Kawasaki bakal mengguna pakai enjin sama seperti H2 iaitu 998cc inline four.

Ketika ini, terdapat beberapa model membarisi keluarga ‘Z”antaranya Z1000, Z900, Z650, Z400 serta Z250.

Menurut laporan Motorcycle.com, Kawasaki bakal memperkenalkan beberapa model baharu di Tokyo Motor Show dan di EICMA tahun ini.

(SUMBER: Motorcycle.com)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]