Topeng Muka N95 Paling Efektif Untuk Tangani Asap Jerebu – KKM

Sumber: mynewshub

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada melakukan aktiviti luar sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan bacaan IPU yang tidak sihat boleh memberi kesan terhadap kanak-kanak terutamanya penghidap masalah pernafasan serta jantung.

Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai yang terpaksa melakukan kerja harian diluar – penghantar makanan atau barangan menggunakan motosikal – untuk sentiasa memakai topeng muka yang menutup bahagian hidung dan mulut.

Menurut laporan The Star, penggunaan topeng muka N95 adalah paling efektif dalam menangani asap jerebu tetapi penting untuk memakainya dengan baik.

Ketika ini topeng muka N95 boleh didapati untuk golongan dewasa sahaja sementara kanak-kanak dinasihatkan untuk memakai tiga lapis topeng muka biasa.

Orang ramai turut digesa untuk membuat semakan IPU di http://apims.doe.gov.my/.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply